Monday, 7 March 2016

BUAH ZAITUN..KHASIAT DAN KEISTIMEWAANNYA..



“Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.“

Al-Quranul karim adalah perbendaharaan dan khazana ilmu pengetahuan. Padanya mengandungi seribu satu misteri yang perlu ditimba dan dikaji oleh manusia.Antara keistimewaan yang terkandung dalam Al-Quran ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tandatanya para saintis dan Ilmuwan mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian, terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w yang menyinari serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut. Kebanyakan dari tumbuhan yang disebutkan dalam Al-Quran adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat bagi manusia.

Di antara tumbuhan yang disebut didalam Al-quran dan Hadis Nabi s.a.w. ialah:
1) Madu
2) Tiin
3) Zaitun
4) Kurma
5) Habbah as-sauda
6) Delima
7) Anggur

Firman Allah s.w.t yang bermaksud diantaranya, "Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).

Telah dimaktubkan didalam Al Quran berkenaan buah zaitun, ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki secara meyeluruh. Zaitun telah disebut sebanyak 7 kali didalam Al-Quran di mana 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Melalui kajian-kajian sains semasa, dunia kini telah, mengiktiraf khasiat buah dan minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan 'oleic acid' yang terdapat didalamnya. 


Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dihasilkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang muda bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai 'laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan 'phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung.Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:

" Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)”.

Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??

HADITH:-

1. "MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2. "ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz " ke-1". Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. 

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis. Resiko Terjadinya Penyumbatan (Trombosis) dan Penebalan (Arteriosklerosis) Pembuluh Darah.dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Manafaat buah zaitun dari berbagai tinjauan:
1) Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. 

2) Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. 

3) Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. 

4) Kajian lain yang dijalankan diUniversiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. 

5) Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. 

6) Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

7) Hippocrate berpendapat bahawa menggambil minuman jus zaitun yang segar dapat merawat penyakit mental dan gangguan percernaan. Mengikut Dr. Samul, dari Universiti Hrvard Amerika, semasa meyampaikan ucapan beliau di Organisasi Penyakit Sistem Pencernaan Amerika pada Oktober 2000, beliau menegaskan bahawa gizi yang terkandung dalam minyak zaitun mempunyai kesan positif dalam melindungi tubuh dari penyakit kanser lambung.

8) Dalam kajian Dr. Dimitrrios trichopoulos dari bahagian Epideminologi Universiti Harvard,wanita yang menggambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka menunjuk penurunan 50% dari resiko jankitan kanser payudara. Dalam satu kajian yang dikeluarkan olih majalah Archives of Internal Medicine edisi Agust 1998, penggambilan sesudu makan minyak zaitun setiap hari dapat menghindari serangan kanser payudara sehingga 45%.

9) Dalam sebuah kajian yang disiarkan pada bulan December 1999 olih majalah AMJ CLIN NUTRL, para pengkaji menyatakan bahawa nutrisi yang kaya dengan kandungan minyak zaitun bolih menggurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan terhadap terbentuknya pembekuan darah dan seterusnya mengurangi terjadinya penebalan pembuluh saluran jantung.

10) Dalam majalah Kanser Britania yang disiarkan pada bulan Mei 1996, satu kajian yang telah dilakukan keatas seramai 145 wanita yang terkena jangkitan kanser rahim dibandingkan dengan wanita yang menggamalkan penggambilan minyak zaitun dalam pemakanan mereka, ternyata wanita yang menggamalkan penggambilan minyak zaitun itu lebih sedikit menggalami kanser rahim.

11) Majalah Dertmatdogg Times edisi bulan Augus 2000 menyatakan dalam satu kajian yang dilakukan keatas mereka yang menggunakan minyak zaitun dan berjemur setelah berenang sebagai krim kulit, mereka terlindung dari terkena kanser kulit melanoma.

12) Dalam satu kajian keatas 40 orang wanita yang meyusui anak yang dilakukan olih Universiti Barcelona, Spanyol, yang disiarkan pada keluaran edisi February 1996. Contoh ASI mereka diambil, pera penkaji mendapati kebanyakan lemak yang terkandung dalam ASI nya jenis lemak yang berantai tunggal. Jenis lemak ini digulongkan sebagai lemak terbalik yang seharus diminum olih manusia dan jenis lemak yang hampir sama terdapat dalam minyak zaitun.

13) Buat pertama kalinya dalam sejarah, pada 21 April 1997, terkumpulnya seramai (16) enam belas doktor pakar yang tersohor dari belainan kemahiran berkumpul dikota Rom mendekelarasikan bersama akan kebaikan “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”.

CARA PENGAMBILAN:
1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus-sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

KANDUNGAN NUTRISI


Nutrisi yang terdapat dalam buah zaitun dengan nilai Per 100 gram makanan: 
Air: 79.99g, Energi: 115 kcal, Energi: 481 kj, protein: 0.84 g. Jumlah lemak 10.68g, karbohidrat: 6.26g, Serat: 3.2g, Ampas:2.23g

Memilih dab mengenali Tingkatan Kualiti Minyak Zaitun


Terdapat beberapa jenis minyak zaitun dalam pasaran secara Am nya: Extra Virgin, Virgin, Pure, Extracted and Refined, dan Pomace.

1) Minyak zaitun Extra Virgin dihasilkan dari zaitun berkualiti nomor 1. Dihasilkan hanya dengan pemerahan sekali sahaja tanpa haba / pemanas, dan tidak lebih. Tingkat keasamannya(asid) tidak melebihi dari 1% saja. Rasa dan aroma buahnya kuat. Jenis minyak zaitun ini sangat dianjurkan untuk kesehatan. Artinya bolih dimakan / minum terus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad

2) Yang kedua, minyak zaitun Virgin. Ia diproses dengan cara tekanan dam pemerahan biasa tanpa haba atau pemanas. Minyak zaitun Virgin diambil dari buah zaitun yang lebih matang, sehingga tingkat keasamannya agak tinggi dibandingkan Extra Virgin, yakni berkisar 1 sampai 5%. Masih bolih diminum atau campur dalam makanan secara terus. Berwarna hijau kekuningan

3) Yang ketiga, Pure. Minyak zaitun yang dihasilkan dari campuran minyak zaitun hasil sulingan dan minyak zaitun Virgin. Yang perlu diperhatikan adalah tehnik penyulingan disini sudah tentu menggunakan haba / panas, dan sedikit campuran bahan kimia. Adapun penambahan minyak zaitun Virgin sebagai penaik rasanya. Tingkat keasaman(asid) minyak zaitun Pure berkisar 3 sampai 4%. Minyak zaitun ini biasanya dipakai untuk memasak. Berwarna kuning keputihan

4) Yang keempat, minyak zaitun Extracted and Refined. Minyak zaitun ini dibuat dari sisa pemerahan hasil pertama, dengan menggunakan pelarut kimia. Minyak zaitun Virgin juga ditambahkan sebagai penaik rasa. Tingkat keasamannya lebih tinggi dari 3,3%. Berwarna jernih sedikit kekuningan

5) Yang kelima, Pomace. Minyak zaitun yang dibuat dengan ekstrak kimia dari hampas / sisa pemerahan dan pemrosesan kedua. Tingkat keasamannya 5-10%, minyak zaitun Virgin juga ditambahkan sebagai penaik rasa dan aroma zaitun. Minyak zaitun Pomace, biasanya dipakai sebagai bahan bakuuntuk kecantikan, sabun, shampo atau lainnya.

Dengan ini, maka tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

Info Herba & Tumbuhan....

Sumber :
http://alhaddadselatan.blogspot.my/2013/03/buah-zaitunkhasiat-dan-keistemewaannya.html

2 comments:

  1. Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aminn.

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4.Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi dan radioterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mana² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thun herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete