Wednesday, 2 March 2016

DUNIA BARAT DAN TIMUR PUN MENGAGUMI MINYAK ZAITUN


Testimoni Kedoktoran Barat 
Doktor barat telah lama memerhatikan minyak zaitun. Merreka pun menjadikan minyak zaitun sebagai objek kajian dan analisa mereka. Mereka melakukan pelbagai kajian dalam waktu yang sangat lama agar hasil yang dicapai oleh tempohnya dan bermanfaat.

Dr. William Castelli, pengarah penyelidikan (bidang pemakanan) di Kota Birmingahm, Inggeris merumuskan : ‘Ada satu minyak, yang sepanjang catatan sejarahnya sangat aman digunakan, iaitu minyak zaitun. Minyak zaitun telah diguna dari generasi ke generasi. Istimewanya, setiap generasi tersebut memiliki badan yang sihat dan jarang terkena penyakit jantung. Pelbagai catatan pengaruh positif minyak zaitun ini membuat kami merasa amat tenang untuk menggunakannnya.’

Dr. Oherns dari Universiti Kofler, New York berkata : “Kita memang tahu bahawa penggunaan minyak zaitun oleh pendududk di daerah laut Mediteranian. Dia berkata : “Meskipun manusia yang tinggal di Mediteranian meminum lemak pekat yang terkandung dalam daging kambing, krim, mentega dan keju, namun di samping itu mereka juga menggunakan minyak zaitun sebagai bahan utama dalam memasak menu makanan. Inilah alasannya mengapa penyakit jantung koroner tidak banyak terjadi pada mereka.”

Selanjutnya Dr. Castelli berkata lagi : “Sebenarnya, cara yang terbaik untuk memasak dan menghidangkan menu makanan adalah dengan menggunakan minyak zaitun sebagai bahan utama dan menggunakan sedikit minyak jagung tau minyak bunga matahari. Tubuh hanya memerlukan sedikit saja dari kedua jenis minyak yang terakhir ini. Minyak tersebut kaya akan lemak.”

Sementara itu, Dr. Trevesan, dari Universiti New York, telah mencatat beberapa manfaat minyak zaitun dalam sebuah kajian yang dimaklumkan dalam majalah Gamma pada tahun 1990. Dia menyebutkan : “ Pelbagai kajian moden menegaskan bahawa ada banyak kesna positif dari minyak zaitun terhadap penyakit jantung koroner. Meskipun kajian tersebut tertumpu pada lemak darah (lipid), tetapi sejumlah kajian ilmiah menunjukkan bahawa minyak zaitun juga sangat berguna bagi para pesakit diabetes dan hipertensi (ketegangan).”

Dr. William dari Universiti Stadtkord telah melakukan kajian terhadap 76 orang yang tidak mengidap penyakit liver (hati) untuk mengetahui pengaruh minyak zaitun terhadap tekanan darahnya. Para peneliti menemukan bahawa tekanan darah benar-benar dapat menurun setelah meminum minyak zaitun pada makanan sehari-hari.

No comments:

Post a Comment