Monday, 29 February 2016

MINYAK ZAITUN BERKESAN MENCEGAH KANSER


Para ilmuwan Inggeris sampai pada  sejumlah bukti baru yang menyatakan bahawa minyak zaitun memiliki manfaat “pencegahan” (preventive) dalam mengubati kanser usus yang korbannnya mencapai lebih kurang 20000 jiwa per tahun di negara sendiri.

Para pengkaji dan ilmuwan di Universiti Oxford, Inggeris, menemukan rumusan bahawa minyak zaitun bertindak sebagai asam usus dalam perut dan akan mencegah manusia terkena penyakit kanser usus dan kanser rectum (dubur).

Sebuah kajian yang berlangsung di Jepun mengemukakan bahawa kaum wanita yang meminum minyak zaitun lebih dari sekali sehari jarang sekali yang terkena bahaya penyakit kanser payudara dengan kadar peratus 25%, jika dibandingkan dengan kaum wanita yang tidak meminum minyak zaitun secara teratur.

Dalam hubungannya dengan masalah ini, Dr. Demitrus Trishobulus, seorang profesor dari fakulti kesihatan umum  Universiti Harvard, Amerika, yang telah turut andil dalam kajian, mengatakan bahawa meminum minyak zaitun tidak membantu keseriusan penyakit kanser payudara yang diaktifkan oleh senyawa-senyawa kimia, seperti yang dilakukan oleh sebahagian jenis lemak lain.

Sebuah laporan yang baru-baru ini diterbitkan di majalah Lancet (British Medical Journal) menyebutkan bahawa banyak minyak nabati yang mempunyai pengaruh yang sama atau tidak lebih daripada minyak zaitun dengan minyak zaitun, seperti minyak lobak (Rapeseedj). Akan tetapi, dikatakan bahawa minyak zaitun memiliki banyak spesifikasi inik dalam mengurangkan manusia terkena penyakit tertentu. Oleh kerana itu, minyak zaitun menempati peringkat penting bagi bangsa-bangsa di Mediterranean, yang membuat penduduk daerah ini untuk tidak menderita penyakit jantung atau pengerasan pembuluh darah.

Banyak sekali kajian epidemiologi yang menunjukkan bahawa ada sesuatu yang berbanding terbalik antara minyak zaitun dan terjadinya sejumlah penyakit kanser. Bahkan, kebanyakan dari kajian tersebut menegaskan adanya kaitan erat antara meminum minyak zaitun dengan penurunan angka manusia yang terkena penyakit kanser payudara dan kanser perut.

Prof. Asman adalah Direktur Research Institute of Aterosklerosis di Universiti Monscher, Jerman. Beliau adalah guru besar dalam bidang penyakit pengerasan pembuluh darah. Menurut Prof. Asman, minyak zaitun mampu melindungi manusia dari sejumlah kanser, seperti kanser usus besar, kanser rahim dan kanser indung telur.

Suatu kajian ilmiah yang diadakan di Sepanyol dan dimaklumkan dalam majalah Gatt sampai pada sebuah kesimpulan  bahawa penggunaan minyak zaitun dalam memasak makanan akan mencegah terjadinya kanser usus.
Sekumpulan perubatan yang mengadakan eksperimen mengatakan bahawa hasil percubaan menunjukkan bahawa minyak zaitun memiliki fungsi pencegahan. Sebab, dengan menambahkan minyak zaitun makanan menjadi higienis.

Selain itu, ada kajian yang diterapkan pada sejumlah tikus percubaan; sebahagiannnya diberi makan dengan bahan makanan yang kaya akan minyak zaitun dan sebahagian lain diberi makanan yang mengandungi minyak ikan. Sementara itu, kelompok tikus ketiga diberi makan dengan makanan yang mengandungi minyak bunga safflower. 

Kemudian, para peneliti mengelompokkan setiap kelompok menjadi dua bahagian; salah satunya diberi makan dengan bahan-bahan yang menyebabkan kanser. Setelah 4 bulan, para peneliti tersebut menemukan bahawa tikus-tikus yang diberi makan dengan minyak zaitun, paling sedikit terserang penyakit kanser.

Ketua kumpulan medic, Prof. Miguel Gasol, menuturkan : “Kajian ini mengemukakan sebuah bukti bahawa bahan makanan yang mengandungi 5% minyak zaitun akan melindungi manusia dari serangan kanser, bila dibanding dengan minyak safflower.”

Kumpulan tersebut mengatakan mekanismanya bahawa minyak zaitun akan menghalangi terbentuknya zat yang dinamakan Arkidon, yang apabila zat ini menyatu dnegan zat lain bernama Postaglandin E, maka mendorong sel untuk melakukan pembelahan kanser.

Sumber :
Keajaiban 3 Sunnah Nabi (Dr. Ahmad Mubayyad)

No comments:

Post a Comment