Wednesday, 10 February 2016

ADAKAH MINYAK ZAITUN MEMILIKI KESAN SAMPINGAN?


Minyak yang dihasilkan dari pelbagai tumbuhan (seperti minyak zaitun, minyak kapas, minyak jagung dan minyak kedelai), tidak mengandungi kelebihan asamnya, sama seperti yang dikandung dalam minyak haiwan (cuma asamnya sekadarnya). Oleh sebab itu, minyak jenis ini tidak menebabkan kolesterol dan pelbagai kesan berbahaya. Namun begitu, di antara minyak nabati (tumbuh-tumbuhan) yang paling baik kualitinya adalah minyak zaitun, kerana ia mengandungi pelbagai komponen vitamin dan lain-lain melebihi minyak-minyak lain.

Para pakar dan peneliti ilmu kedoktoran mengatakan: “minyak zaitun begitu istimewa sebab memiliki banyak keutamaan berbanding minyak lainnya. Minyak zaitun akan memberi kesihatan dan kebaikan kepada manusia kerana sangat mudah dicerna. Minyak zaitun mengandungi beberapa jenis vitamin yang penting bagi tubuh. Salah satu diantaranya adalah vitamin D yang menjaga anak-anak dari penyakit lumpuh. Ia juga dapat menambah daya fikir dan kecerdasan. Minyak zaitun sangat beraroma sehingga dapat menambah selera makan.


Minyak zaitun kaya akan vitamin E yang sangat baik untuk menyuburkan dan memperkuat fungsi reproduksi manusia; sangat baik untuk memberikan kekuatan seksual pada orang dewasa.

No comments:

Post a Comment