Wednesday, 17 February 2016

MANFAAT MINYAK ZAITUN UNTUK KECANTIKAN


Dalam tempoh sedekad terakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan mulai mendapat perhatian umum. Berita ini untuk dihebahkan menerusi media massa sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik.

Minyak zaitun yang dicampurkan ke dalam syampu terbukti dapat membantu mengawal kelumumur secara lebih baik sekiranya dibandingkan dengan syampu tanpa campuran minyak zaitun.

Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, minyak zaitun terbukti dapat membantu melembapkan kulit sekiranya digunakan secara konsisten. Apa yang pasti, semua masalah yang berkaitan dengan kecantikan seperti masalah kulit kedut dapat diatasi dengan penggunaan minyak zaitun.

Urutan pada bahagian kulit yang kendur dengan menggunakan campuran minyak zaitun dengan jus jeruk segar sebelum tidur dikatakan dapat membantu mengurangkan kedutan yang ada. Selain itu, urutan dengan menggunakan minyak zaitun pada mana-mana bahagian otot yang dialami kekejangan akibat aktiviti seharian yang terlalu berat dapat diatasi dengan mudah dan berkesan.

Oleh sebab semakin banyak bahan produk kecantikan yang dihasilkan daripada bahan tiruan atau sintetik, menyebabkan para pengguna cuba mencari alternatif dengan menggunakan bahan-bahan daripada sumber alam semula jadi seperti minyak zaitun.

Hakikatnya, bahan-bahan semula jadi adalah jauh lebih selamat untuk digunakan dan juga selamat untuk digunakan dan juga selamat untuk kesihatan berbanding bahan-bahan yang dihasilkan daripada bahan sintetik.

Sumber : 
Rahsia Kehebatan Zaitun Dan Habbatus Sauda (Muhammad Hafizi Umar)

No comments:

Post a Comment