Wednesday, 17 February 2016

KHASIAT PATI MINYAK ZAITUN KEPADA TUBUH BADAN MANUSIA


Firman Allah S.W.T :
“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman ; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum, yang memikirkan”
(An-Nahl : 11)


Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
“Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati”
(HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)




KANDUNGAN ZAITUN

Minyak zaitun terkenal dalam menu makanan orang Timur Tengah. Apa yang pasti, minyak zaitun adalah jus semula jadi yang dihasilkan daripada buah zaitun yang dapat mengahsilkan aroma disamping mampu membekalkan sumber vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia. Minyak zaitun juga adalah sejenis minyak sayur-sayuran yang dapat digunakan secara langsung atau diperah terus daripada buahnya.

Minyak zaitun baik untuk kesihatan. Kajian menunjukkan yang minyak zaitun  dapat mencegah seangan penyakit jantung dengan membantu mengawal kadar low density lipoproteins (LDL atau kolestrol jahat) dan membantu meningkatkan kadar high density lipoproteins (HDL atau kolestrol baik) di dalam darah.

Selain itu, minyak zaitun terbukti dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman. Hakikatnya, minyak zaitun juga mampu membantu mencegah pelbagai penyakit.

Minyak zaitun mampu membantu mengaktifkan sekresi daripada hempedu dan juga hormon pankreas jauh lebih baik berbanding ubat-ubatan. Minyak zaitun juga mampu membantu menurunkan risiko terbentuknya batu ginjal

Sumber :
Rahsia Kehebatan Zaitun dan Habbatus Sauda (Muhammad Hafizi Umar)

No comments:

Post a Comment