Thursday, 11 February 2016

KANDUNGAN ZAITUN


Zaitun mengandungi 85% mineral (fostor, sulfat, kalium, magnesium, kalsium, besi, tembaga dan klorin), sedikit protein dan mengandungi banyak vitamin (A, B, C, D). Setiap 100 gram memberikan 224 kalori.

Tahukah anda!
Zaitun yang sudah matang akan menjadikan minyaknya berwarna hijau dan dan banyak mengandungi asam. Jika minyak tersebut dinyalakan, cahayanya akan terang sekali. Apabila diletakkan dalam botol tertutup, akan terjaga selama beberapa tahun tanpa berubah warnanya.

Nilai Gizi Minyak Zaitun
Minyak zaitun merupakan jenis minyak yang paling baik dan mudah dicerna. Ini disebabkan minyak zaitun tersusun dari zat-zat lemak dan pelbagai zat lainnya yang sederhana strukturnya. Zat-zat ini memiliki peranan yang istimewa dalam menyedia dan menyerapkan zat pada jaringan otak sehingga meningkatkan kecerdasan seseorang. Oleh kerananya, minyak zaitun sangat ideal untuk membekal lemak tubuh yang diperlukan setiap harinya, yakni 25-30% total kalori per hari.

Minyak zaitun terbentuk dari 70% buah zaitun yang terdiri dari pellicer dan asam. Di antara asam-asam yang penting adalah stearat, lonolenat dan palmitat.

Setiap 100 gram zaitun mengandungi zat-zat sebagai berikut :
*      90 gr protein
*      61 mg kalsium
*      22 mg magnesium
*      17 mg fostor
*      1 mg besi
*      0.22 mg tembaga
*      36 mg klorin
*      4.4 gr serat
*      180 mikrogram beta karotin
*      3.20 mg vitamin K
*      Sedikit vitamin B

Meminum 100 gram zaitun akan memberikan 103 kalori. Perlu diketahui pula bahawa zaitun mengandungi sedikit gula.

Dari isi buah zaitun, dihasilkanlah minyak zaitun yang keasamannya 0.3%.  Minyak dari isi buah zaitun ini merupakan jenis minyak yang paling baik. Jenis-jenis minyak dari  buah zaitun boleh dibahagikan menjadi beberapa jenis, iaitu :
*   Akherid Olive Oil ; rasanya kurang enak. Agar baik diguna oleh manusia, minyak ini harus disuling berulang-ulang.
*   Virgin Olive Oil ; minyak yang memiliki rasa dan aroma yang lazat. Minyak jenis ini dihasilkan dari petikan pertama buah zaitun. Ada yang berkualiti tinggi, berkualiti baik atau sedang.
*      Olive Pomace Oil ; minyak yang dihasilkan dari hampas zaitun dan digunakan untuk industri sabun.
*   Medic Olive Oil ; dihasilkan dari isi buah zaitun yang terbaik dan digunakan untuk bahan-bahan kecantikan.
*   Minyak Industri ; dihasilkan dari isi buah zaitun dan digunakan untuk tujuan industri.

No comments:

Post a Comment