I. Extra virgin :
dihasilkan daripada buah zaitun yang bermutu tinggi ataupun yang tergolong dalam gred A. Ia juga perlu memiliki kadar pH kurang daripada 1%. Rasa buahnya kuat dan minyak yang terhasil daripadanya sesuai bagi dicampurkan ke dalam salad.
II. Virgin :
diproses secara mekanikal (dengan perahan) tanpa suhu yang tinggi yang menyebabkan pHnya meningkat menjadi di antara 1 hingga 5%. Minyak zaitun jenis ini boleh dicampurkan ke dalam salad ataupun digunakan sebagai bahan perapan.
III. Furs :
dihasilkan daripada minyak zaitun sulingan yang diolah dengan menggunakan wap, bahan kimia dan juga campuran minyak zaitun virgin yang dijual pada harga yang lebih murah. Ia mempunyai pH di antara 3 hingga 4% dan paling kerap digunakan untuk memasak.
IV. Extracted and refined :
dihasilkan daripasa sisa perahan pertama yang dicampurkan dengan bahan pelarutkimia, manakala minyak zaitun virgin ditambah sebagai bahan perisa.
V. Pomace :
dihasilkan daripada residu yang tersisa selepas perahan kedua yang dicampurkan dengan bahan pelarut kimia yang mengandungi pH di antara 5 hingga 10%, manakala minyak zaitun virgin ditambah sebagai bahan perisa.
Pakar minyak zaitun, iaitu Dr. Deane mengakui yang minyak zaitun extra virgin adalah satu jenis minyak yang dapat dinikmati tanpa campuran bahan kimia. Minyak zaitun yang diperah segar dapat dinikmati terus dan memiliki seluruh kandungan rasa, vitamin, mineral, antioksida dan lain-lain manfaat yang ada pada buah zaitun itu sendiri.
Kini, bukan sahaja para doktor, penyelidik, saintis mahupun pakar pemakanan yang semakin teruja bagi mengetahui manfaat minyak zaitun yang sudah diketahui sejak sekian lama iaitu sejak zaman para nabi lagi, bahkan pengusaha, pengeluar minyak zaitun dan juga para penggguna sendiri tidak terkecuali.
RAHSIA KEEMASAN ZAITUN
Hasil kajian yang dijalankan dari semasa ke semasa berjaya membuktikan bahawa minyak zaitun extra virgin yang kaya dengan polifenol berkhasiat untuk kesihatan.
Hakikatnya, minyak zaitun bukanlah pilihan bagi diminum begitu sahaja tetapi diolah penggunaannya yang dapat dijadikan sebagai bahan perisa tambahan untuk salad disamping menu masakan yang lain
Selain digunakan sebagai bahan tambahan dalam menu masakan, minyak zaitun juga menjadi salah satu bahan pengubatan semula jadi yang utama di dunia dan paling berharga.
Sumber :
Rahsia Kehebatan Zaitum Dan Habbatus Sauda (Muhammad Hafizi Umar)
No comments:
Post a Comment