Thursday, 11 February 2016

KHAZANAH BUAH ZAITUN


a.    Sarinya tinggi berzat & bercahaya

Allah S.W.T berfirman :
“Demi buah tiin dan buah zaitun, demi gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman....”
(At-Tiin : 1-2)
“Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya, dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah pada matahari) ; hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api ; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingnya adalah sinaran yang berganda-ganda) cahaya berlapis cahaya....”

Banyak kajian yang dijalankan ke atas buah zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai minyak dalam masakan, malah keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masa kini.

Rasulullah S.A.W berkata,
“Gunakanlah sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati.”
(Hadis direkod oleh At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

b.    Manfaatnya

Membantu mengatasi masalah darah tinggi, merendahkan tahap kolestrol berbahaya, mengurangkan risiko serangan kanser, menyihatkan kulit, mengurangkan terjadinya trombosis dan arterioklerosis (pembuluh darah tersumbat dan sempit).


No comments:

Post a Comment