Statistik terbaru yang termuat dalam sebuah majalah dengan Tajuk Infectious Diseases In Children pada bulan April 1998, mengemukakan bahawa wabak kutu kepla kembali menyerang Amerika Syarikat dari New York hingga Los Angeles. Wabak ini menyerang 12 juta orang Amerika. Sebahagian besar yang terserang adalah anak-anak. Statistik dalam majalah tersebut juga mengemukakan bahawa menyapu kepala orang yang terserang kutu kepala dengan mnyak zaitun dalam beberapa saat, berkesan membasmi kutu tesebut.
Kajian yang diadakan di Hebrew University dan American Institute Of Head Lice, Amerika, menunjukkan bahawa menyapu kepala orang yang terserang kutu kepala dengan minyak zaitun dalam beberapa saat, akan membasmi kutu yang berkeliaran di kepala.
Para peneliti dari Universiti Massachusets, Amerika, menegaskan bahawa ramuan yang berkesan untuk membasmi kutu kepala kali pertama tidak begitu berkesan lagi untuk kali kedua. Kutu kepala akan kembali muncul dan lebih kuat dari sebelumnya.
Para peneliti menyusulkan beberapa langkah yang harus ditempuh untuk membasmi kutu kepala. Setidaknya ada 5 langkah yang harus ditempuh dalam waktu 3 minggu perawatan.
1. Kutu kepala diubati dengan Permethrin atau Pyrethium. Ubat ini mampu membasmi sebahagian besar kutu, tetapi tidak membasmi semuanya. Di sinilah pentingnya langkah kedua.
2. Sapukan minyak zaitun pada kepala sebelum tidur secara langsung, dilanjutkan dengan meletakkan shower cap (penutup kepala) di kepala.
3. Kepala hendaknya disikat dengan penyikat logam khusus, sebelum kepala dibersihkan dari sisa-sisa minyak zaitun.
4. Periksa dengan teliti bahawa tidak ada lagi kutu di daerah sekitar kepala. Bilaskan dengan menggunakan siraman air panas.
5. Periksa pula bahawa kulit kepala dan rambut harus dijaga dari telur kutu, dengan izin Allah penyakit tersebut akan hilang.
Subhanallah, sungguh beruntung manusia yang mendapatkan kebaikan dari minya zaitun yang penuh berkat ini. Wajar sekali apabila Rasulullah S.A.W bersabda : ‘Gunalah minyak zaitun dan berminykalah dengannya, kerana minyak zaitun itu berasal dari pohon yang penuh berkat.”
Sumber :
3 Keajaiban Sunnah Nabi (Dr. Ahmad Mubayyad)
No comments:
Post a Comment