Pokok zaitun yang subur menghijau sepanjang tahun mampu memberikan manfaat yang tidak ternilai dalam soal penjagaan kesihatan manusia.
Bermula daripada kayunya yang keras sehinggalah kepada buahnya, sama ada yang masih mentah mahupun yang sudah masak ranum. Semuanya dapat dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan termasuklah minyaknya sekali.
Selain itu, kepelbagaian manfaat yang ada pada buah zaitun diperakui oleh bidang farmasi dan juga kejuteraan kimia. Hampas minyak zaitun sendiri masih dapat digunakan sebagai bahan bakar, baja, makanan haiwan dan sebagainya.
Selain daripada buahnya, biji zaitun juga dapat digunakan sebagai produk cetakan plastik. Dalam dunia kecantikan, buah zaitun juga turut digunakan sebagai bahan asas dalam penghasilan produk-produk kecantikan.
Minyak zaitun dapat digunakan sebagai lulur mandian dan sekiranya diamalkan secara berterusan, ia mampu menjadikan kuit tampak lebih halus dan segar.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Dialah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakan kamu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
Sumber :
Rahsia Kehebatan Zaitun Dan Habbatus Sauda (Muhammad Hafizi Umar)
No comments:
Post a Comment