Tokoh perubatan Islam yang bernama Abu Bakar ar-Razi berkata bahawa buah zaitun adalah baik untuk mencegah keracunan. Manakala seorang lagi tokoh perubatan Islam terkemuka bernama Ibnu Sina berkata bahawa buah zaitun sangat baik untuk menjaga mata, mengatasi masalah kulit dan mencegah keracunan.
Ibnul al-Baitar pula berpandangan bahawa daun pokok zaitun boleh mencegah kehadiran serangga jenis anai-anai dan semut. Buahnya pula penawar sakit leher, mengatasi masalah keguguran rambut, menyegarkan kulit, melegakan sakit sendi, sakit urat, sakit belakang, sakit perut dan anticacing.
Malik Muzaffar pula mengakui bahawa buah zaitun sangat baik untuk sistem pencernaan, menguatkan gigi, menghaluskan kulit dan jika dibuat celak sangat baik untuk kesihatan mata dan mengatasi masalah keguguran rambut. Hal ini turut diakui oleh Daud Antoki.
Imam an Nasafi berkata Allah S.W.T bersumpah dengan kedua-dua buah ini ia merupakan hasil bumi yang amat menakjubkan di tengah-tengah pokok yang lain.
Sumber :
Rahsia Makanan Sunnah (Ustaz Fauzi Mustaffa)
No comments:
Post a Comment