Pengarah Perubatan Yayasan Jantung Malaysia (YJM), Datin Dr. Liew Yin Mei berkata, faktor risiko serangan jantung boleh dibahagikan kepada dua iaitu risiko yang boleh diubah dan risiko semula jadi yang tidak boleh diubah seperti peningkatan umur, jantina dan faktor keturunan atau genetik.
Lebih tua seseorang, lebih tinggi kemungkinan untuk mendapat serangan jantung. Namun trend terkini juga menunjukkan serangan jantung berlaku dalam kalangan orang muda (kurang 40 tahun) kerana amalan gaya hidup tidak sihat, terutama tidak menjaga pemakanan, kurang bersenam, merokok dan pengambilan alkohol. (Laporan Berita Harian 29 September 2011).
Sebuah buku berjudul 8 Weeks To Optimum Health (8 Minggu Menuju Kesihatan Sempurna) karya Andrea Will dari Amerika Syarikat menyebutkan bahawa manusia yang berusia 40 tahun ke atas, kendaklah menggantikan semua jenis lemak yang digunakan dengan minyak zaitun segar.
Pada 21 April 1997, satu persidangan diadakan di Rom mengumpulkan 16 pakar perubatan terkenal di dunia untuk mengkaji tentang minyak zaitun. Keputusan yang dihasilkan oleh mereka ialah minyak zaitun berpengaruh untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah, mengawal tekanan darah dan mengatasi masalah diabetes. Ia juga turut mencegah sebahagian daripada penyakit kanser.
Sumber :
Rahsia Makanan Sunnah (Ustaz Fauzi Mustaffa)
No comments:
Post a Comment