Lapan khasiat
minyak zaitun
1.
Mengurangkan Risiko Penyakit
Jantung
Selama ribuan tahun, orang-orang di
sekitar Laut Tengah termasuklah para penduduk tanah suci dilaporkan memiliki
tahap serangan jantung yang rendah.
Menurut pakar kesihatan, rahsia mereka terletak pada minyak zaitun.
Keseluruhan zat yang terkandung di
dalam minyak zaitun apabila dicampurkan ke dalam menu makanan yang sihat dan
seimbang sememangnya berupaya membantu mencegah gangguan kesihatan dengan
mengusir kehadiran simptom penyakit berbahaya.
Hasil kajian menunjukkan amalan
pengambilan minyak zaitun yang diminum secara terus setiap hari dapat membantu
menurunkan risiko pelbagai penyakit jantung, termasuklah serangan penyakit
jantung itu sendiri.
2.
Melawan Kanser
Menurut penulis The Healing Oil of the
Bible, iaitu Dr. Smith, penyakit jantung difahamkan sudah wujud sejak zaman
para nabi lagi dan begitu juga halnya dengan penyakit kanser.
Dengan kandungannya yang bersifat
aromatik, minyak zaitun juga adalah antioksida efektif yang terbukti dapat
membantu melawan serangan penyakit kanser dan seterusnya meningkatkan kualiti
hidup.
Para pengkaji di Copenhagen University
Hospital di Denmark berjaya membuktikan yang minyak zaitun dapat membantu
mengurangkan gejala kerosakan sel yang dapat menyebabkan pertumbuhan kanser.
3.
Mengusir Arthritis
Kajian terdahulu menunjukkan mereka
yang kerap mengambil sayur-sayuran segar dan juga minyak zaitun kurang risiko
menghidap penyakit rheumatic arthritis.
Omega-3 yang terkandung di dalam ikan juga dapat membantu gejala reput dan
penyakit sendi tulang.
Minyak zaitun yang dirumus dengan
minyak esensi lain bagi membantu meredakan sakit otot, mungkin juga berkesan
bagi membantu merawat penyakit arthritis
yang sering kali dikaitkan dengan faktor peningkatan usia dan kesakitan yang
dialami akan menjadi lebih teruk apabila penghidapnya terdeadah dengan cuaca
sejuk.
Minyak zaitun juga mengandungi
prostaglandin, iaitu sejenis zat pencegah bengkak dan juga sakit yang terbukti
mampu mengurangkan kesakitan apabila diambil secara konsisten.
4.
Mencegah Diabetes
Diabetes sudah melingkar dalam
kehidupan manusia sejak berabad-abad lamanya. Apa yang lebih memburukkan
keadaan adalah apabila jumlah pesakit yang menghidap diabetes ini dilaporkan
semakin meningkat saban tahun.
Walau bagaimanapun, keadaan ini mampu
diatasi dengan mengamalkan pengambilan minyak zaitun kerana ia dapat membantu
melawan kolestrol jahat disamping menyusun semula lemak tubuh. Selain itu,
minyak zaitun juga dapat menurunkan kadar gula dalam darah.
5.
Menghentikan Rasa Sakit
Penghidap diabetes tidak akan
mengalami rasa sakit terutama sekali pada peringkat di mana diabetes yang dihadapinyaitu
masih belum mencapai tahap kronik. Namun begitu, rasa sakit akan mula dirasakan
selepas melepasi tahap kronik.
Apa yang pasti, minyak zaitun dapat
bertindak sebagai penyembuh yang disapu pada bahagian luka dalam pelbagai
bentuk seperti ditambah ke dalam bahan antiseptik.
Satu kajian yang pernah dijalankan
menunjukkan bahawa minyak zaitun mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali
sebagai oleokantal yang dapat membantu mencegah masalah keradangan, manakala
fungsinya itu lebih kurang sama dengan penghilang rasa sakit seperti
ubat-ubatan anti radang sedia ada.
6.
Mencegah Nyanyuk
Alzheimer adalah sejenis penyakit otak
yang dapat mempengaruhi kemampuan berfikir. Gejala meliputi kehilangan daya
dan juga kemampuan berhubung dengan orang lain, sementara jiwa dan ingatan
penghidapnya menjadi semakin lemah.
Para pengkaji mendapati sekiranya pola
pemakanan mereka hampir sama dengan menu Mediterranean, maka semakin berkurangan
risiko untuk menghidap Alzheimer.
Apa yang pasti, menu makanan yang
bercirikan Mediterranean mampu membantu mencegah gejala keradangan otak dan
juga oksidasi di dalam tubuh. Selain itu, minyak zaitun bukan sahaja dapat
membantu mengawal gejala keradangan otak, bahkan ia juga dapat membantu membran
di dalam otak itu sendiri.
7.
Mencegah Rapuh Tulang
Penyakit rapuh tulang dapat
mengakibatkan penghidapnya mengalami kelumpuhan. Hubungan antara kepadatan
antara kepadatan tulang dengan kerapuhannya mula dikaji pada akhir abad ke-19
oleh Ashley Cooper.
Beliau juga berjaya mencipta istilah osteoporosis bagi mewakili gejala
penyakit yang dikajinya pada masa itu. Sebelum kajian lanjut dijalankan, ramai
orang percaya gangguan ini hanya dihidap oleh golongan wanita yang sudah
berusia.
Polifenol utama di dalam minyak
zaitun, iaitu oleuropein terbukti dapat mencegah gejala penyakit osteoporosis. Selain itu, minyak zaitun
juga terbukti dapat membantu penyerapan kalsium dalam kadar yang secukupnya di
samping dapat mambantu mencegah tulang daripada menjadi rapuh. Kalsium
diperlukan oleh tubuh manusia bagi mengelak daripada osteoporosis, sementara minyak zaitun terbukti dapat membantu
mencegah penyakit itu apabila dicampurkan dengan bahan makanan yang kaya dengan
kalsium tulang.
8.
Memperkuat Tubuh Melawan HIV
Pada awal tahun 1980-an, HIV mula
melanda dunia dan menimbulkan ketakutan. Human
Immunodefiency (HIV) merujuk kepada kehilangan sistem kekebalan tubuh yang
dapat mengakibatkan pesakit menghidap Acquired
Immune Defiency Syndromes (AIDS). Ia dapat menular pada orang lain melalui
pertukaran cairan tubuh melalui beberapa cara seperti hubungan seksual dan juga
perkongsian jarum suntikan.
Hakikatnya, AIDS masih belum ditemui
penawarnya hingga kini. Para pengkaji dari University of Grabnda percaya minyak
zaitun yang dihasilkan daripada buah zaitun mengkal dapat membantu mengawal
penyebaran kuman AIDS di dalam tubuh sehingga 80%. Minyak ini terbukti mampu
menghapuskan serinprotease, iaitu enzim yang digunakan oleh kuman HIV bagi
menyebarkan jangkitan keseluruh bahagian tubuh.
No comments:
Post a Comment