Monday, 21 March 2016

14 KHASIAT MINYAK ZAITUN


Tidak dinafikan bahawa minyak zaitun (olive oil) mempunyai banyak khasiat dan kebaikan yang tersendiri. Dan pada masa yang sama, sudah banyak kajian dan eksperimen saintifik telah dilakukan ke atas minyak ini, cuba teka apa hasilnya? Sudah tentu ia memberikan hasil yang positif, lantaran ianya boleh meningkatkan taraf kesihatan kita.

Minyak zaitun merupakan salah satu diet utama oleh orang Mediterranean, dan sekarang sudah menjadi satu sumber khasiat untuk seluruh dunia. Minyak zaitun telah menggantikan mentega dan beberapa minyak yang lain dalam pelbagai kegunaan termasuklah dalam masakan. Lantaran itu, kadar penyakit yang bersangkut kait dengan pengambilan minyak dapat dikurangkan.

Seorang pakar jantung pernah mencadangkan supaya kita mengambil 2 sudu teh minyak zaitun extra virgin setiap hari untuk kesihatan yang jantung yang lebih stabil. Minyak zaitun mengandungi banyak kelebihan kepada fungsi badan dan sistem imun badan. Oleh sebab itu, ia boleh mengurangkan kadar risiko mendapat masalah jantung, elakkan daripada mendapat kanser dan lain-lain.

Pada kali ini, kami akan menyenaraikan 14 khasiat minyak zaitun yang boleh membuatkan anda ingin menggunakannya setiap hari.

14 KHASIAT MINYAK ZAITUN

Khasiat #1: Kanser
Minyak zaitun mengandungi satu bahan yang dikenali sebagi oleocanthal, yang mana ia berfungsi sebagai ibuprofen dalam mengurangkan keradangan. Oleh itu, secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko kanser payu dara dan mengelakkannya daripada berulang. Selain itu, minyak zaitun juga mengandungi squalene dan lignans yang sudah didapati boleh membantu menghalang perkembangan sel kanser.

Khasiat #2: Sakit Jantung
Minyak zaitun boleh mengurangkan kadar kolestrol darah, LDL-cholesterol dan triglycerides. Pada masa yang sama tidak menjejaskan kadar HDL-cholesterol, malah dalam sesuatu kes ia boleh meningkatkannya, yang mana memainkan peranan untuk melindungi dan menghalang perbentukan fatty patches. Lantas meransang penghapusan low-density lipoproteins.

Selain itu, diet yang kaya dengan minyak zaitun boleh melambatkan proses penuaan jantung. Kita sudah sedia maklum bahawa umur jantung kita akan meningkat mengikut umur kita. Saluran darah (alteri) mungkin tidak boleh berfungsi sebaik mana masa kita muda, dan oleh sebab itu ia boleh membawa kepada beberapa penyakit.

Namun, terdapat satu kajian oleh orang Sepanyol mendapati bahawa diet yang kaya dengan minyak zaitun boleh meningkatkan/memperbaiki fungsi saluran darah kepada orang yang sudah berumur. Selain itu, satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition membuktikan bahawa pengambilan minyak zaitun boleh mengurangkan kerosakan endothelial dan masalah yang berkaitan dengannya.


Khasiat #3: Tekanan (Stress) dan Kemurungan (Depression)
Minyak zaitun mengandungi kadar anti oksida yang tinggi, terutama Vitamin E. Pada masa yang sama minyak zaitun mengandungi monounsaturated fat (lemak monotaktepu) yang paling tinggi, yang mana tidak dioksida dalam badan.

Mengikut satu kajian dari Universiti Navarra, diet yang kaya dengan kandungan minyak zaitun boleh melindungi daripada masalah mental.Pengkaji menjumpai bahawa pengambilan minyak zaitun yang tinggi dengan pengambilan lemak politaktepu (polyunsaturated fats) yang boleh didapati dari ikan dan minyak sayuran boleh mengurangkan kadar kemurungan seseorang.

Kajian tersebut menyatakan bahawa penyakit kardiovaskular dan kemurungan boleh dikaitkan dengan satu diet.

Khasiat #4: Tekanan Darah
Kajian terkini mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun secara kerap boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, untuk kedua-dua systolic dan diastolic.

Khasiat #5: Kencing Manis (Diabetes)
Ia sudah dibuktikan bahawa diet yang kaya dengan minyak zaitun, kurang pengambilan lemak tepu, kaya dengan karbohidrat dan mengandungi serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran adalah diet yang terbaik untuk mengurangkan penyakit kencing manis. Ia membantu mengurangkan kadar lipoprotein, pada masa yang sama memperbaiki kadar gula dalam darah dan sensitiviti insulin.

Satu kajian telah diterbitkan oleh journal Diabetes Care menunjukkan bahawa gaya pemakananan mediterranean yang kaya dengan penggunaan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko diabetes tahap 2 sebanyak 50% jika dibandingkan dnegan diet yang rendah lemak. Diabetes tahap 2 merupakan tahap yang paling biasa didapati oleh rakyat Malaysia dan ia masih boleh disembuhkan dengan kaedah yang tetap dan sesuai.

Khasiat #6: Obesiti
Walaupun minyak zaitun mengandungi kadar kolestrol yang tinggi, namun ia dibuktikan bahawa ianya boleh mengurangkan kadar obesiti oleh penggunanya.

Khasiat #7: Rheumatoid Arthritis
Walaupun ianya masih belum disahkan dengan sepenuhnya, namun terdapat kajian membuktikan bahawa diet yang kaya dengan minyak zaitun adalah lebih kurang risikonya untuk mendapat rheumatiod arthritis. Rheumatiod arthritis merujuk kepada salah satu bentuk arthritis, yang mana melibatkan radang sendi.

Khasiat #8: Osteoporosis
Pengambilan minyak zaitun yang banyak boleh meningkatkan kadar kekuatan tulang. Hal ini kerana ia boleh membantu penyerapan kalsium dan memainkan peranan yang penting dalam mencegah berlakunya osteoporosis. Osteoporosis merujuk kepada satu penyakit yang mana berlakunya pengurangan jisim tulang, boleh menjadikan tulang tersebut rapuh dan mudah patah.

Khasiat #9: Strok ataupun Angin Ahmar
Pengambilan minyak zaitun setiap hari boleh melindungi anda daripada mendapat strok ataupun juga dikenali sebagai angin ahmar. Perkara ini berikutan dengan satu kajian yang dilakukan di Perancis dan pernah diterbitkan dalam journal Neurologi mereka.

Khasiat #10: Kanser Kulit
Salah satu kajian lain didapati bahawa minyak zaitun boleh mencegah daripada kanser kulit, lebih tepat lagi mencegah daripada malignant melanoma. Jenis kanser kulit yang paling merbahaya tersebut didapati mengalami pengurangan sebaik sahaja pesakit mengambil diet yang mengandungi minyak zaitun.

Hal ini kerana minyak zaitun mengandungi kadar anti-oksida yang tinggi dan ia memainkan peranan untuk melawan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas adalah salah satu faktor berlakunya kanser kepada manusia.

Khasiat #11: Kanser Payu Dara
Kanser payu dara merupakan salah satu kanser yang biasa dialami oleh negara barat. Pada masa yang sama diet yang tinggi kadar lemaknya merupakan sebab utama berlakunya kanser ini. Pengambilan minyak zaitun secara kerap boleh mengatasi masalah ini dan beberapa masalah kesihatan yang lain.

Khasiat #12: Penyakit Alzheimer
Bahan yang dinamakan oleocanthal di dalam minyak zaitun mempunyai potensi untuk mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Polyphenols yang terdapat di dalam minyak zaitun dikenali sebagai anti oksida yang kuat, sehingga boleh menyembuhkan kerosakan yang disebabkan oleh oksidatif semasa proses penuaan.

Khasiat #13: Kesihatan Rambut
Selain mampu mencegah beberapa penyakit kronik dan kanser, minyak zaitun juga kerap diamalkan sebagai minyak sapuan pada kulit dan rambut. Ternyata, minyak ini boleh memberikan sesuatu yang positif kepada rambut anda. Antaranya adalah:

1. Mencegah Keguguran Rambut
Salah satu faktor keguguran rambut adalah penghasilan hormon dihydrotestosterone (DHT) secara berlebihan oleh badan. Hormon ini mengurangkan kekuatan akar rambut, lantas menyebabkan keguguran. Minyak zaitun mempunyai kelebihan untuk mencegah penghasilan hormon ini secara berlebihan. Lantas melindungi kepala kita daripada menjadi botak!

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang petua-petua mengatasi masalah keguguran rambut, anda boleh berbuat demikian di sini.

2. Menghilangkan Kelemumur dan Kutu
Kelemumur biasanya berlaku kerana kulit kepala terlalu kering dan kerana tidak dijaga dengan sebaiknya. Salah satu perkara yang terbaik untuk menghilangkan masalah kelemumur adalah dengan mengekalkan kulit kepala anda sentiasa lembab (moisturized).

Minyak zaitun adalah moisturuzer semula jadi, maka anda boleh menggunakannya ke atas kulit kepala anda untuk tujuan menghilangkan masalah kelemumur. Pada masa yang sama, minyak zaitun mempunyai sifat-sifat anti bakteria dan anti kulat yang boleh mematikan kutu pada kepala. Tips tambahan untuk mencegah kelemumur.

3. Menguatkan Rambut
Salah satu kelebihan minyak zaitun kepada rambut adalah ianya boleh menguatkan kesihatan rambut dan kulit kepala secara semula jadi. Ia juga boleh bertindak sebagai satu syampu. Kulit kepala yang sihat boleh memberikan kekuatan kepada akar rambut.

4. Membuatkan Rambut Berkilat dan Lembut
Minyak zaitun boleh membuatkan rambut anda berkilat dan lembut sebaik sahaja anda menggunakannya.

5. Perbaiki Perederaan Darah Ke Kulit Kepala
Rambut juga memerlukan darah untuk kekal sihat. Dan minyak zaitun boleh meningkatkan saluran minyak zaitun ke bahagian otak. Anda hanya perlu menyapu rata minyak tersebut pada permukaaan kulit anda.

6. Meningkatkan Kesihatan Kulit Kepala
Selain mempunyai sifat anti kulat dan anti bakteria, minyak zaitun juga mempunyai anti oksida. Kandungan anti oksida yang terdapat di dalam minyak zaitun boleh mengurangkan kerosakan kulit kepala yang disebabkan oleh produk-produk yang mengandungi bahan kimia.

Khasiat #14: Kulit, Jerawat dan Jeragat
Minyak zaitun sering kali dijadikan salah bahan utama dalam produk-produk kecantikan berteraskan kecantikan kulit dan wajah. Hal ini kerana minyak ini sangat mujarab menjaga kesihatan kulit dan menghilangkan jerawat dan jeragat.

Minyak ini sangat berkesan kerana ia mengandungi anti oksida, anti bakteria dan anti radang. Semua bahan-bahan ini memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan sekiranya berlaku luka, melawan pembiakan bakteria pada jerawat dan mencegahnya daripada berulang. 

Secara ringkas, ini adalah beberapa khasiat minyak zaitun kepada kulit secara ringkas:
• Mencegah jerawat pecah
• Mempercepatkan jerawat sembuh
• Mengurangkan kesan dan parut jerawat pada muka
• Unclog pora kulit

Sumber :
http://www.panduansaya.com/kecantikan/khasiat-minyak-zaitun/ 

2 comments:

  1. Assalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
    • Darah tinggi
    • Kolestrol tinggi
    • kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.
    • cysts
    dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin
    (017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah terbaik dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba hutan dan ladang yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah

    ReplyDelete