Sunday, 6 March 2016

TESTIMONI DR. AZIZAH ABDUL AZIZ


Dr. Azizah Abdul Aziz, guru besar bahagian tumbuhan di pusat kajian nasional mesir,berkata bahawa nutrisi yang terdapat dalam minyak zaitun sangat bermanfaat bagi tubuh, di antaranya adalah kandungan vitamin yang lengkap.

Lebih lanjut, katanya, ia juga menunjukkan bahawa minyak zaitun memiliki nutrisi tambahan. Dengannya, minyak zaitun baik untuk membersihkan usus, mengubati gusi, menguatkan jantung, melarutkan kolestrol yang meresap ke dinding pembuluh darah, serta mengaktifkan sekretin hempedu dari pundi hempedu.

Menurut Dr. Azizah, minyak zaitun hitam mampu memberikan kalori lebih tinggi daripada minyak zaitun hijau, yakni mencapai 191 kalori dalam setiap 100 gram zaitun hijau. Secara umum, minyak zaitun mengandungi kalsium, fiber, seng dan fostor dengan peratus kecil dan berbeza dalam setiap jenisnya.

Minyak zaitun mengandungi vitamin A, vitamin D, vitamin C DAN vitamin B kompleks. Minyak zaitun juga mengandungi banyak garam mineral internal, diantaranya : potasium, kalsium dan besi. Oleh kerananya, para ilmuwan menyebut minyak zaitun dengan minyak baik, kerana rasanya enak, nutrisi dan kalorinya tinggi.

Adapun fungsi dan sifatnya adalah :
• Tidak larut dalam air yang lebih sedikit darinya. Selain itu, minyak zaitun mudah dan ringan.
• Minyak zaitun dapat digunakan sebagai sabun jika dicampur dengan alkali.
• Bukan-kolestrol, mencegah penuaan, melindungi perut dan usus, serta mengaktifkan sekretin kalori.
• Mengurangkan risiko pembentukan batu karang dalam buah pinggang.
• Berkhasiat menjaga keindahan dan kesegaran tubuh.
• Kerana mengandungi vitamin A, zaitun berkhasiat untuk mencegah kelumpuhan, penyakit beri-beri, serrta mencerahkan wajah. 
• Vitamin E yang terkandung dalam minyak zaitun berkhasiat menyuburkan reproduksi dan mencegah kemandulan. Apabila dilumurkan ke rambut akan mencegah uban, menguatkan rambut dan mencegah keguguran.

Tahukah Anda!
Proses pencernaan lemak dalam perut memerlukan 8 jam. Tetapi, memakan roti, minyak dan buah-buahan hanya memerlukan waktu 4 jam sahaja.

Sumber :
Keajaiban 3 Sunnah Nabi (Dr. Ahmad Mubayyad)

No comments:

Post a Comment