Saidina Umar Bin Khattab berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : “Gunalah minyak zaitun dan berminyaklah dengannnya, kerana minyak zaitun itu berasal dari pohon yang penuh berkat.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).
Dalam al-Tibb an-Nabawi, al-Zahabi menyebutkan dari Uqbah bin Amir : “Hendaklah kamu menggunakan minyak zaitun. Gunalah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sebab, minyak zaitun bermanfaat menghilangkan buasir.”
Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Minyak zaitun sangat bermanfaat bagi pesakit radang selaput dada (Pleuropneumonia).”
Qatadah berkata : “Minyak zaitun disapukan di tempat yang terasa sakit.”
Al-Zahabi berkata : “Minyak zaitun adalah penawar racun bagi orang miskin.”
Al-Zahabi juga mengatakan : “Zaitun yang berwarna hijau dan sangat cepat keringnya, sangat baik untuk bahan makanan, memperkuat perut, meningkatkan selera makan, serta mencegah sesak dada akibat asap. Sedangkan zaitun yang masin, sangat bermanfaat untuk sariawan di bibir, bisul dan kebas-kebas.”
Anas bin Malik menceritakan : “Rasulullah S.A.W sering meminyaki kepalanya (dengan minyak zaitun), kemudian menyikatnya. Baginda juga kerap kali memakai tudung kepala seakan-akan bajunya seperti baju penjual minyak.”
Dalam Zadul Ma’ad, Ibnu Qayyim berkata : “Minyak zaitun akan menutup pori-pori (liang-liang roma halus) pada tubuh. Apabila digunakan setelah mandi dengan air panas, akan menghaluskan dan melembabkan tubuh. Jika disapukan kepada rambut, akan memperindah dan memanjangkan rambut. Sangat berguna untuk mengubati penyakit campak dan mencegah pelbagai penyakit.”
Sumber :
Keajaiban 3 Sunnah Nabi (Dr. Ahmad Mubayyad)
No comments:
Post a Comment