Wednesday, 16 March 2016

MINYAK ZAITUN DAN LIMAU NIPIS CEGAH BATU KARANG





Limau nipis dan minyak zaitun
Antara cara mudah untuk meredakan sakit berpunca daripada batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air mineral dan minum sukatan yang sama tiga hingga kali sehari.

Untuk nyahkan batu karang, boleh digabungkan dengan minyak zaitun. Caranya ialah ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan empat cawan air. Mereka yang mengamalkannya melaporkan biasanya batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas mengambil bahan tersebut. 

Sitrat dikatakan berupaya melarutkan batu karang dan minyak zaitun pula dipercayai berfungsi sebagai pelincir. Rakyat di Malaysia dan Asia Tenggara biasa minum air limau nipis. Penduduk di negara hemisfera utara pula biasa mengambil lemoned iaitu air minuman mengandungi perahan lemon segar. 

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.  

Kajian yang diketuai oleh Professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. 

Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.


KEISTIMEWAAN MINYAK ZAITUN
• Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
• Membantu mencegah keracunan.
• Membantu sistem penghadaman.
• Membantu menyingkir parasit pada usus.
• Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
• Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
• Mengandungi bahan anti penuaan.
• Membantu menguatkan tenaga batin.
• Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
• Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.
• Membantu melegakan athritis dan sciatica.
• Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
• Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
• Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
• Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
• Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
• Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
• Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
• Membekalkan kanvitamin E.
• Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
• Membantu menstabilan asid lemak.
• Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
• Sebagai kegunaan masaj terapi.
• Membekalkan omega 9.

Sumber : 
http://alshiffa.blogspot.my/p/blog-page_9.html

No comments:

Post a Comment